Gencatan senjata Kemboja-Thailand serlah strategi diplomasi pintar Anwar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GENCATAN senjata yang telah dipersetujui antara Kemboja dan Thailand, semalam menyerlahkan strategi diplomasi pintar yang ditonjolkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelesaikan kemelut serantau.

Peranan penting dimainkan Malaysia dan Perdana Menteri selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dapat direalisasikan dalam menghentikan serangan antara kedua-dua negara.

Pada masa sama, Felo Majlis Profesor Negara, Dr Azmi Hassan menegaskan, kejayaan Perdana Menteri dan Malaysia itu juga membuktikan bahawa negara ini boleh menjadi pemudah cara yang adil.

Malah, kata beliau, tindakan pantas Malaysia yang menjadi ‘orang tengah’ atau mediator sekali gus merealisasikan gencatan senjata mengejutkan pemerhati antarabangsa.

“Kita tahu bahawa isu melibatkan Thailand dan Kemboja ini adalah isu yang sensitif tetapi kepintaran Anwar yang dari hari pertama lagi telah cuba menghubungi Perdana Menteri kedua-dua negara supaya berkomunikasi secara diplomasi dan akhirnya telah membuahkan hasil.

“Perdana Menteri sebagai Pengerusi ASEAN juga telah menggunakan kelebihan itu kerana kita lihat sebelum ini negara-negara lain sebagai Pengerusi ASEAN tidak mahu campur tangan dalam hal kedua-dua negara.

“Kejayaan ini sekali gus menggambarkan strategi pintar Perdana Menteri dalam membaca ‘sepak terajang’ geopolitik antarabangsa sebelum negara-negara kuasa besar lain termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China masuk campur,” katanya kepada UtusanTV.

Mengulas lanjut, Azmi turut menyifatkan langkah Perdana Menteri untuk ‘mendamaikan’ Thailand dan Kemboja itu menutup pintu buat kuasa-kuasa besar masuk campur dalam hal kedua-dua negara berkenaan.

Baca artikel lain: Tindakan memalukan negara, Fadhli Shaari didesak mohon maaf kepada rakyat Thailand dan Kemboja

Katanya, ia sekali gus menjadikan konflik itu dapat diselesaikan oleh negara rantau ASEAN sendiri yang lebih memahami kemelut berkenaan.

“Kita lihat kalau Presiden AS, Donald Trump masuk campur, mungkin jalan penyelesaian itu agak sukar kerana sudah semestinya akan mengikut acuan AS.

“Jadi Malaysia sebagai negara Timur dan Pengerusi ASEAN faham benar tentang kemelut ini sekali gus dapat mencapai gencatan senjata dengan pantas,” katanya.

Selain itu, Azmi berkata, peranan Malaysia sebagai mediator juga bukanlah perkara baharu.

“Kita pernah menjadi perantara atau pendamai ketika konflik melibatkan bangsa Moro di Filipina, pemberontakan di Aceh, Indonesia dan ketika ini masih menjadi perantara antara Bangkok serta pemberontak di Selatan Thailand,” katanya.

Semalam, Anwar mengumumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, hasil mesyuarat khas dipengerusikan beliau di Putrajaya.

Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai menghadiri mesyuarat berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This