Jangan manipulasi istilah ‘melalak’ – Kamil Munim

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

ISTILAH ‘melalak’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran media sosial berkaitan isu penghinaan terhadap al-Quran tidak sepatutnya dimanipulasikan dengan niat jahat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, istilah tersebut mesti difahami dalam konteks sebenar dan tidak dipetik secara terpisah bagi membentuk persepsi yang mengelirukan.

Katanya, aa merujuk kepada sikap segelintir pihak yang tergesa-gesa menuduh kerajaan kononnya gagal bertindak, sedangkan proses siasatan dan penguatkuasaan sedang dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.

“Kenyataan Perdana Menteri bukanlah serangan terhadap mana-mana individu atau kelompok.

“Sebaliknya, ia merupakan peringatan tegas bahawa tuduhan melulu, tohmahan tidak berasas dan permainan persepsi politik hanya akan mengeruhkan suasana serta menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan negara,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil berkata, individu yang terlibat dalam perbuatan menghina al-Quran telah pun ditahan dan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh oleh pihak berkuasa.

Tegas beliau, fakta itu dengan jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak berdiam diri.

Katanya, Malaysia adalah sebuah negara hukum dan setiap tindakan mesti berlandaskan peruntukan undang-undang, bukan tekanan emosi, desakan politik atau tuntutan bersifat populis.

Menurutnya, dalam isu melibatkan sensitiviti agama dan keharmonian antara kaum, tindakan yang tergesa-gesa tanpa proses sah bukan sahaja mencabul prinsip keadilan, malah berpotensi mencetuskan ketegangan yang lebih besar.

“Ketegasan mesti disertai kebijaksanaan, dan keadilan mesti ditegakkan melalui proses yang telus serta profesional.

“AMK menolak sebarang naratif yang cuba menggambarkan kerajaan sebagai lemah atau tidak bertindak.

“Kenyataan Perdana Menteri harus dilihat sebagai teguran terhadap budaya politik yang gemar membakar sentimen sebelum fakta lengkap diperoleh, bukannya usaha meremehkan kebimbangan rakyat,” katanya.

Muhammad Kamil menambah, AMK menyeru semua pihak agar menghentikan manipulasi isu ini demi kepentingan politik sempit.

Katanya, ruang sewajarnya perlu diberikan kepada pihak berkuasa untuk menyempurnakan siasatan tanpa tekanan atau campur tangan yang boleh mengganggu proses keadilan.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara majmuk, kestabilan dan keharmonian nasional tidak boleh dikorbankan demi retorik murahan yang mengapi-apikan sentimen agama atau perkauman.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This