Michael Learns To Rock kembali gegar Malaysia 9 November ini dengan konsert ‘Encore All The Hits’

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUMPULAN muzik terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) bakal kembali memukau peminat setia mereka di Malaysia menerusi konsert istimewa berjudul ‘Encore All The Hits in Malaysia’, yang akan berlangsung pada 9 November 2025 (Ahad), jam 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting, Pahang.

Konsert yang dinanti-nantikan ini dianjurkan oleh MMIC Michael Learns To Rock Kembali Gegar Malaysia 9 November Ini Dengan Konsert ‘Encore All The Hits’Entertainment Group dengan kerjasama JS Concert Productions selaku promoter.

Kehadiran semula MLTR ke Malaysia adalah atas permintaan ramai, membuktikan betapa kuatnya sokongan peminat tempatan terhadap kumpulan ini sejak sekian lama.

MLTR yang dianggotai oleh Jascha Richter (vokalis), Mikkel Lentz (gitaris) dan Kåre Wanscher (pemain dram), telah menempa nama sejak penubuhannya pada tahun 1988 dan terus relevan dalam industri muzik antarabangsa. 

Lagu-lagu malar segar seperti Take Me To Your Heart, Paint My Love, 25 Minutes, Sleeping Child dan That’s Why (You Go Away) kekal menjadi siulan pelbagai generasi.

Dengan rekod hampir 1,000 persembahan secara langsung di seluruh dunia, lebih 11 juta album terjual, serta melebihi 1.5 bilion penstriman global, MLTR kekal sebagai antara kumpulan pop soft rock yang paling berjaya dan bertahan lama di peringkat antarabangsa.

Konsert kali ini menjanjikan persembahan yang penuh nostalgia dan emosi, membawa peminat mengimbau kenangan melalui deretan lagu hits yang tidak lapuk dek zaman.

Tiket & Faedah Eksklusif Untuk Peminat

Pra-jualan tiket untuk ahli Genting Rewards bermula pada 4 Ogos, 12 tengah hari menerusi laman web rwgenting.com, manakala jualan umum dibuka bermula 8 Ogos, 12 tengah hari di etix.my, rwgenting.com dan trip.com.

Harga tiket adalah seperti berikut (tidak termasuk yuran pemprosesan RM4):

  • Zon MLTR – RM988
  • VIP – RM788
  • PS1 – RM688
  • PS2 – RM488
  • PS3 – RM288
  • PS4 – RM188

Selain menikmati konsert, pembeli tiket Zon MLTR dan VIP turut berpeluang mendapat faedah eksklusif peminat seperti sesi bergambar peribadi atau berkumpulan bersama anggota MLTR:

  • Zon MLTR (RM988):
    • Foto peribadi (3:1) untuk 10 pemenang bertuah
    • Foto berkumpulan (3:5) untuk 20 pemenang bertuah
  • VIP (RM788):
    • Foto berkumpulan (3:5) untuk 20 pemenang bertuah

Kepada peminat MLTR, inilah peluang keemasan untuk kembali merasai magis persembahan secara langsung mereka yang sarat dengan emosi, kenangan dan muzik berkualiti tinggi.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari rwgenting.com atau etix.my.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hawa Rizwana dipilih kerana kredibiliti, bukan populariti

DI SEBALIK lambakan pempengaruh digital dan selebriti media sosial yang bersandarkan populariti semata-mata, pengacara serta personaliti televisyen terkenal, Hawa...

More Articles Like This