Kerajaan MADANI komited ‘merakyatkan ekonomi semua kaum – Ramanan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus komited menjaga kepentingan rakyat dengan memberi tumpuan terhadap pemulihan ekonomi, memperkukuh perpaduan nasional dan menjamin kestabilan politik negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan berkata, pendekatan yang diambil oleh Kerajaan MADANI bukan sekadar bersifat jangka pendek, tetapi dirangka dengan visi jangka panjang yang menyeluruh.

Ramanan yang juga Naib Presiden PKR menegaskan, ia adalah demi menjamin kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

“Kita melihat bagaimana Perdana Menteri konsisten meletakkan rakyat sebagai keutamaan. Dalam aspek ekonomi, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk merangsang pertumbuhan, menstabilkan kos sara hidup dan memastikan peluang pekerjaan yang adil untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sesi sembang santai bersama hampir 400 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Bestari di Dewan Help Universiti.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, pengumuman terbaru dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) serta usaha memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menjadi bukti jelas bahawa kerajaan serius dalam memacu pemulihan ekonomi pasca pandemik dan ketidaktentuan global.

Dari sudut perpaduan, Ramanan menyifatkan konsep Malaysia Madani sebagai asas penting dalam menyatukan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Perpaduan bukan sekadar slogan. Ia diterjemahkan melalui dasar yang inklusif, pengagihan bantuan yang adil serta sokongan berterusan kepada semua komuniti – termasuk masyarakat India, Cina, Melayu, Orang Asli dan Sabah-Sarawak,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kestabilan politik yang dicapai hasil kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan harus dipertahankan demi kesinambungan pembangunan negara.

“Tiada pembangunan yang boleh dicapai jika politik negara sentiasa goyah. Apa yang kita ada hari ini ialah sebuah kerajaan yang stabil, diterajui seorang pemimpin berpengalaman yang berani membuat keputusan sukar demi kebaikan rakyat,” tambah beliau.

Ramanan turut mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan naratif negatif yang cuba menimbulkan keresahan dan perpecahan.

“Rakyat harus bijak menilai. Di bawah Kerajaan Madani, kebajikan rakyat terbela, peluang ekonomi diperluas dan negara berada di landasan yang betul. Ini bukan masa untuk berpolitik sempit tetapi masa untuk bersatu membina masa depan yang lebih baik.”

Beliau turut menyeru semua pihak supaya terus memberi kepercayaan kepada kepimpinan Anwar yang terbukti berpegang pada prinsip integriti, inklusiviti dan keberanian dalam membela nasib rakyat Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This