Dharma MADANI terus perkasa komuniti India

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

UNIT Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) melalui inisiatif Program Dharma MADANI Siri Kedua, telah menyalurkan RM6 juta kepada 300 buah kuil di seluruh negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan agihan setakat ini mencecah RM9.24 juta yang memanfaatkan 462 rumah ibadat Hindu.

Jelasnya, peruntukan disalurkan bagi memperkukuh peranan rumah ibadat terbabit sebagai pusat komuniti setempat melalui penganjuran kelas tuisyen, bengkel belia serta pelbagai aktiviti pembangunan sosial dan kerohanian.

“Program ini menyasarkan lebih 1,000 rumah ibadat Hindu berdaftar di seluruh negara dengan jumlah peruntukan sebanyak RM20 juta.

“Setiap rumah ibadat yang memenuhi syarat dan tatakelola yang ditetapkan akan menerima bantuan one-off sebanyak RM20,000,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap bantuan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkasa program kerohanian, pendidikan dan pembangunan generasi muda termasuk kelas kebudayaan, bimbingan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak.

“Inilah komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan tiada komuniti yang tertinggal, serta setiap lapisan masyarakat terus diberdayakan dalam arus pembangunan negara,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This