INSIDEN sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Port Dickson yang memasang Jalur Gemilang terbalik, Jumaat lalu sedang disiasat pihak polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, pihaknya telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun berkenaan isu tersebut malam tadi.
Jelas beliau, hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu ketika pemasangan Jalur Gemilang sempena kempen Bulan Kemerdekaan di sekolah berkenaan.Â
“Polis sudah mengenal pasti individu terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun dan bendera itu juga sudah diturunkan semula pada hari kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas beliau, siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak polis sebelum dirujuk kepada pihak pendakwaan bagi arahan selanjutnya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Penggunaan Tidak Wajar), Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988.
“Orang awam dinasihati untuk tidak menularkan isu ini yang mana boleh mengganggu keharmonian dan ketenteraman awam,” katanya.
Media semalam melaporkan sekolah berkenaan memohon maaf secara terbuka susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di premis sekolah berkenaan, Jumaat lalu.
Kementerian Pendidikan (KPM) kemudiannya dilaporkan akan mengambil tindakan tegas terhadap sebuah SJKC di Port Dickson yang terbabit dengan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik, Jumaat lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

