Perkhidmatan Aerotrain alami gangguan teknikal selesai dalam tempoh singkat – Loke

Dari Penulis

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 (1) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang mengalami gangguan teknikal baru-baru ini berjaya diselesaikan dalam tempoh singkat.

Menurut Loke, gangguan yang dianggarkan selama 15 minit itu berikutan kerana faktor pepijat dalam perisian yang perlu diperbetulkan.

“Ia bukan kerosakan, ini adalah gangguan teknikal, ini pepijat dalam perisian. Dalam apa-apa sistem, kadang ia akan ada tergendala, ada pepijat dan sebagainya yang perlu diperbetulkan.

“Gangguan itu dalam 15 minit dan ia dapat diselesaikan dalam tempoh berkenaan,” katanya selepas merasmikan Forum Transit Kereta Api Antarabangsa ASEAN-China 2025 hari ini. 

Mengulas lanjut, Loke berkata, beliau kesal dengan gangguan yang berlaku dalam tempoh sebulan kebelakangan ini.

Begiutpun, kata beliau, perkhidmatan Aerotrain tetap mencatatkan jumlah penumpang yang tinggi dengan 1.5 juta penumpang sebulan dan ratusan perjalanan setiap hari.

Pada masa sama, Loke turut meminta Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memberi tumpuan serius kepada kontraktor dan vendor yang terlibat dalam penyelenggaraan perkhidmatan berkenaan.

Pada Isnin lepas, media melaporkan gesaan beberapa pihak mahukan Kementerian Pengangkutan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat punca gangguan perkhidmatan Aerotrain di KLIA yang didakwa mengalami sekurang-kurangnya lima gangguan sejak beroperasi semula pada 1 Julai lepas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This