SST: KPDN tak kompromi peniaga naikkan harga tak munasabah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah terutama dengan menjadikan peluasan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebagai alasan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan, peniaga yang berkaitan akan diberikan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).

Menurut beliau, peniaga tersebut juga diminta memberikan penjelasan dengan mengemukakan dokumen berkaitan perubahan harga dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Mana-mana pertubuhan perbadanan yang dikesan mencatut boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 manakala bagi bukan suatu pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pada masa ini, KPDN juga belum bercadang membuat pindaan pada denda dan hukuman sedia ada,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Bebas – Kuala Kangsar) yang bertanyakan mekanisme KPDN dalam memastikan harga barang tidak meningkat secara tidak wajar susulan pelaksanaan peluasan skop SST.

Baca artikel lain: Semakan semula SST tingkat hasil penuhi keperluan rakyat – PM

Pada masa sama, Iskandar Dzulkarnain turut bertanya sama ada KPD mempertimbangkan pengenaan hukuman yang lebih berat terhadap peniaga yang memanipulasi harga dari pelaksanaan peluasan skop SST.

Mengulas lanjut, Armizan memaklumkan, pihaknya juga telah melancarkan OPS KESAN 4.0 susulan semakan kadar dan peluasan skop SST mulai 1 Julai lalu.

Beliau berkata, penguatkuasaan itu digerakkan di bawah Akta 723 berfokuskan untuk memastikan peniaga di semua peringkat rantaian pengedaran tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara tidak munasabah.

“Ia dilaksanakan melalui penguatkuasaan antipencatutan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.

“Undang-undang ini terpakai untuk semua perniagaan yang menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan di Malaysia termasuk pengilang, pengedar, pemborong, peruncit dan penyedia perkhidmatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This