Agong sifatkan Lawatan Negara ke Rusia erat hubungan, kerjasama dua negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LAWATAN Negara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke Rusia disifatkan mampu mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama antara dua negara.

Dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka bertitah bahawa Malaysia menganggap Rusia sebagai rakan kongsi yang dipercayai dan penting.

“Lawatan Negara ini mencerminkan hasrat ikhlas saya untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama kita semua.

“Bak kata pepatah Rusia, persahabatan lebih berharga daripada wang.

“Di atas semangat persahabatan inilah saya percaya, kita akan terus membentuk hala tuju hubungan antara kedua-dua negara untuk kepentingan rakyat bersama,” titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong telah bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin pada majlis sambutan negara di Grand Kremlin Palace di Moscow, semalam.

Sultan Ibrahim tiba di Kremlin pada kira-kira 3 petang sebelum berangkat ke St. George’s Hall, dewan besar dihiasi tiang marmar putih dengan salutan emas.

Baca artikel lain: Lawatan agong kemuncak hubungan diplomatik Malaysia-Rusia – Duta besar

Seri Paduka Baginda disambut Putin secara rasmi di dewan tersebut disusuli kedua-dua pemimpin bergerak ke Green Room bagi menghadiri mesyuarat rasmi.

Mengiringi Yang di-Pertuan Agong Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengiring, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamad Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.

Bersama Putin pegawai-pegawai kanan Rusia termasuk Pembantu Presiden Rusia bagi Hal Ehwal Antarabangsa Yury Ushakov, Menteri Pembangunan Ekonomi Maxim Reshetnikov, Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Valery Falkov, Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Alexander Pankin dan Timbalan Menteri Pertahanan Alexander Fomin.

Usai mesyuarat, Sultan Ibrahim dan Putin bertukar-tukar cenderamata di St. Andrew’s Hall dan menuju ke Granovitaya Chamber, bangunan sekular tertua terpelihara di Moscow yang telah wujud sejak abad ke-15, bagi menghadiri majlis santapan negara dianjurkan oleh presiden Rusia.

Sultan Ibrahim tiba di Rusia, Selasa lalu untuk Lawatan Negara sehingga 10 Ogos atas undangan Putin.

Ini merupakan lawatan negara pertama oleh Ketua Negara Malaysia ke Rusia yang dilihat sebagai kemuncak hubungan lima dekad kedua-dua negara yang terjalin pada 1967.

Lawatan itu juga menonjolkan kepentingan peranan institusi beraja Malaysia dalam meningkatkan hubungan diplomasi negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This