Berehat? Hidup dan tanggungjawab mesti diteruskan – Rafizi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SUSULAN daripada pelbagai masalah yang didepani oleh Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli sejak kebelakangan ini, ada pihak mencadangkan supaya beliau berehat buat sementara waktu.

Bagaimanapun, bekas menteri Kabinet itu menegaskan beliau masih memiliki tanggungjawab penting yang perlu diteruskan terutamanya untuk penduduk berada di bawah jagaannya.

“Ada yang cadang saya berehat sebentar, tapi hidup dan tanggungjawab mesti diteruskan.

“Saya bukanlah tidak ada hati perut pentingkan politik dalam keadaan sekarang, tetapi matlamat ugutan terhadap keluarga saya ialah supaya saya putus asa dan duduk diam.

Baca artikel lain: Akmal Saleh sedia disiasat di bawah Akta Hasutan

“Kalau saya tidak meneruskan rutin dan tanggungjawab seperti biasa, maka tercapailah matlamat mereka itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Baru-baru ini anak kepada bekas Timbalan Presiden PKR itu diserang secara tiba-tiba di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya.

Katanya, kejadian berlaku apabila anak dan isterinya memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli-belah tersebut sebelum didatangi seorang lelaki yang mengheret anaknya serta mencucuknya dengan jarum suntikan.

Menurut Rafizi, semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isterinya dan beliau percaya serangan itu telah dirancang lebih awal.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This