KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menghargai ‘sokongan’ diberikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan susulan insiden pemasangan bendera terbalik di Pulau Pinang.
Dalam hantaran di Facebook, Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut memulangkan paku buah keras kepada Pemuda DAP yang menggesa supaya Mohamad tidak mempertahankan ‘nila setitik’.
“Kerana nila lebih baik dari racun. Terima kasih Tok Mat!,” katanya ringkas dalam hantaran tersebut.
Sebelum ini, Pemuda DAP menggesa supaya Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat untuk menasihatkan Dr Muhamad Akmal supaya lebih rasional.
Bertegas bahawa Akmal telah berulang kali mencetuskan ketegangan kaum dan menjejaskan kestabilan politik, Majlis Eksekutif Pemuda DAP menggesa Mohamad untuk mengakui realiti ini dan tidak terus mempertahankan “nila setitik”.
Baca artikel lain: Akmal Saleh sedia disiasat di bawah Akta Hasutan
Mohamad dilaporkan berkata, tindakan undang-undang tidak seharusnya hanya dikenakan kepada Dr Muhamad Akmal semata-mata, sebaliknya penguatkuasaan yang adil perlu dilaksanakan terhadap semua pihak yang terlibat dalam insiden pemasangan bendera terbalik di Pulau Pinang.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, setiap tindakan pasti akan mengundang reaksi, justeru penting untuk semua pihak bertenang dan tidak mencetuskan ketegangan yang boleh menggugat keharmonian negara.
Mengulas tindakan ADUN Merlimau itu mengadakan perarakan di Kepala Batas, Pulau Pinang Khamis lalu, Mohamad berpandangan Dr Akmal hadir bukan untuk mencetuskan huru-hara, tetapi dengan misi damai namun telah diprovokasi dan bernasib baik tiada perkara buruk berlaku ketika itu.
Beliau menegaskan, sebagai sebuah negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua pihak wajib menghormati peraturan sedia ada dan tindakan undang-undang perlu dikuatkuasakan tanpa memilih bulu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

