Tak puas hati kereta ditunda, lelaki bakar lori tunda MBJB ditahan polis

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GARA-GARA tidak berpuas hati apabila kereta jenis Perodua Axia miliknya ditunda Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Khamis lalu, seorang lelaki bertindak membakar sebuah lori tunda milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Tindakan itu yang turut tular di laman sosial telah membawa kepada penahanan suspek pada pukul 1.06 tengah hari, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.07 pagi di dalam Depoh Simpanan Kenderaan, Lot 1, Johor Bahru Waterfront, Jumaat lalu.

Menurut beliau, suspek yang tidak mempunyai wang untuk membayar kompaun telah diminta untuk membuat rayuan.

Bagaimanapun, Raub memberitahu, suspek merasakan proses tersebut menyukarkannya dan mendorong bertindak di luar batasan undang-undang.

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan di tempat kejadian mendapati suspek telah menuang minyak petrol dan menyalakan api pada lori tunda MBJB tersebut.

Baca artikel lain: Op Sohor: PAT sahkan 5 pegawai ATM ditahan adalah perisik tentera

“Tindakan itu telah mengakibatkan kebakaran dengan anggaran kerugian sekitar RM10,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Raub memberitahu, pihaknya turut merampas beberapa barang kes termasuk sebuah tong aluminium dan pemetik api.

Katanya, semakan rekod lampau mendapati suspek pernah terlibat dalam kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, namun saringan air kencing yang dilakukan didapati negatif.

Beliau berkata suspek kini direman selama lima hari bermula semalam hingga 19 Ogos bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular satu hantaran video berdurasi satu minit 39 saat di laman sosial Facebook memaparkan seorang lelaki menghampiri lori tunda milik MBJB dan menuang dipercayai minyak petrol sebelum menyalakan api.

Turut kelihatan dalam video berkenaan dua individu bertindak membantu memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This