Identiti 5 remaja dalam kes buli Zara Qairina dilindungi perundangan – Azalina

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

IDENTITI lima remaja yang akan didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu berhubung kes buli melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dilindungi di sisi undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kedudukan mereka tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang menjamin kerahsiaan, perwakilan guaman dan layanan adil.

“Buli sama ada di sekolah atau di dalam talian tidak boleh diterima. Walaupun lima remaja kini berdepan pertuduhan, mereka tetap kanak-kanak di sisi undang-undang.

“(Mereka) mesti dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, termasuk kerahsiaan, perwakilan guaman dan layanan yang adil,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Pelajar kolej pandu Hyundai Elantra tersalah masuk laluan, lawan arus di Lebuhraya EDL

Terdahulu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengingatkan orang awam dan media agar tidak mendedahkan identiti lima remaja berkenaan yang akan didakwa di mahkamah.

Suhakam menegaskan pendedahan maklumat seperti nama, gambar, sekolah atau sebarang butiran yang boleh membawa kepada pengecaman suspek adalah dilarang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Pada masa sama, Azalina menambah, kerajaan komited membendung buli melalui undang-undang berkaitan termasuklah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, pindaan Kanun Keseksaan, selain pengukuhan undang-undang perlindungan kanak-kanak seperti SOAC (2017–2023).

“Kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) juga sedang mengkaji tribunal buli siber dan jawatan Pesuruhjaya eKeselamatan,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This