Adira tak jadi rujuk dengan Datuk Red – “Tiada berita gembira”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Adira Suhaimi mengesahkan tiada berita gembira berhubung spekulasi bakal kembali rujuk dengan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red pada Aidilfitri ini.

Menurut Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, bekas suaminya itu seorang yang suka bergurau termasuklah ketika sesi siaran langsung di media sosial.

“Tiada berita gembira. Korang kena duduk semeja dengan Datuk Red ni. Dia seorang yang suka bergurau.

“Dia jenis yang main lepas cakap saja termasuklah ketika dalam sesi ‘live’ di media sosial. Bila orang tanya dah kahwin balik…dah rujuk semula ke? Dia akan jawab ‘dah’.

“Dia jenis macam tu. Orang yang kenal, tahulah perangai dia macam mana. Jadi, tiada berita gembira pun,” katanya kepada URTV.

Adira berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Nova Music, 17 Eleven Music dan Future Music Entertainment di ibu negara, baru-baru ini.

Penyanyi Ombak Rindu itu juga mengaku ramai yang mendoakan agar mereka kembali berpasangan sebagai suami isteri.

Namun, Adira enggan terburu-buru untuk melangkah ke alam perkahwinan memandangkan dia sudah mula selesa dengan kehidupan sekarang.

“Ramai mendoakan, tapi belum ada berita gembira. Saya tidak lagi sampai tahap itu, belum fikir untuk ada orang lain.

“Apa yang boleh saya cakap, saya selesa hidup seperti ini. Ketika ini saya lebih beri fokus nak besarkan anak-anak dan cari rezeki. Anak-anak saya ramai dan mereka sangat perlukan saya.

“Kalau boleh saya cakap, saya selesa begini (solo). Kalau ada jodoh, adalah. Jika tak ada, tak apalah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Adira dan Black Hanifah melancarkan single raya terbaharu berjudul Syawal Rindu pada majlis sama.

Ia mengisahkan perasaan rindu dan kasih terhadap keluarga dan lebaran tidak dapat diraikan bersama orang tersayang.

Karya ciptaan Rudy Nastia, Aiman Zaidi, Aizad Khan dan Kelana serta lirik oleh Aiman Zaidi, Syawal Rindu itu menyaksikan Adira dan Balck buat pertama kalinya berduet dalam sebuah karya.

“Saya amat bersyukur dapat berduet bersama Black. 

“Saya dapat merasakan sinergi kami ketika rakaman, sekali gus mencipta satu suasana yang kreatif dan penuh semangat.

“Kami saling memberi inspirasi dan sokongan untuk menghasilkan karya bermakna dan berkualiti. Pada masa sama, saya juga berasa bersyukur dapat timba ilmu daripada Black, penyanyi yang berpengalaman dan berbakat dalam industri muzik.

“Dengan adanya kolaborasi ini, saya yakin lagu ini akan menjadi karya istimewa dan mampu menyentuh hati peminat. Malah dengan liriknya cukup terkesan, saya berharap pendengar dapat lebih menjiwai sambutan Aidilfitri menerusi lagu ini,” kongsinya.

Syawal Rindu terbitan Nova Music itu sudah mula berada di semua platform penstriman muzik termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube sejak 14 Mac lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Pengundi Cina sokong BN? MCA yakin tambah 7 ke 8 kerusi DUN

MCA menyatakan keyakinan mampu menambah kerusi dimiliki parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal dilangsungkan tidak...

More Articles Like This