Disney Jr. Live hidupkan nostalgia & imaginasi di Resorts World Genting

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DUNIA penuh warna-warni Disney berjaya dihidupkan semula di atas pentas apabila Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play! memukau ribuan penonton pada malam pembukaannya di Arena of Stars, Resorts World Genting, Pahang, semalam.

Membawakan gabungan nyanyian, tarian, interaksi, dan watak ikonik yang digemari ramai, persembahan ini bukan sahaja mencuit hati kanak-kanak, malah turut membangkitkan nostalgia dan kegembiraan dalam kalangan ibu bapa yang hadir.

Malam penuh keterujaan ini dimulakan dengan persembahan bertenaga oleh DJ Disney Junior, disusuli kemunculan mengejut Mickey Mouse yang disambut sorakan gemuruh daripada penonton cilik.

Sorakan semakin rancak apabila pentas diterangi oleh kehadiran watak-watak kegemaran ramai seperti Goofy, Ariel The Little Mermaid, SuperKitties, dan Minnie Mouse yang mencuri tumpuan dalam segmen belon yang meriah.

Namun, detik kemuncak malam itu pastinya apabila Spider-Man membuat kemunculan khas selepas rehat, meluncur ke pentas dengan gaya penuh aksi, menjadikan suasana di Arena of Stars benar-benar magikal.

“Kami amat berbesar hati melihat keluarga di Malaysia merasai keajaiban Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!. 

“Suasana penuh keterujaan di Arena of Stars sangat luar biasa,” kata penerbit persembahan, Jonathan Shank dari Terrapin Station Entertainment.

Dia menambah bahawa pasukannya berbangga dapat mencipta detik istimewa yang akan dikenang oleh anak-anak untuk bertahun-tahun akan datang.

Persembahan ini dianjurkan oleh Unusual Entertainment dan Lo-Fi Entertainment, serta akan berlangsung sehingga 1 September, dengan tiga pertunjukan setiap hari termasuk pada hari persembahan penutup, Isnin ini.

Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play! bukan sekadar persembahan, tetapi satu perayaan imaginasi, persahabatan dan hiburan yang terus mengukuhkan warisan abadi Disney untuk generasi baharu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This