BERSEDIA untuk satu pengalaman ajaib yang pasti menghiburkan seluruh keluarga apabila “Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!” singgah di Arena of Stars, Resorts World Genting dari 29 Ogos hingga 1 September hadapan.
Konsert istimewa ini akan berlangsung selama empat hari dengan lapan persembahan menakjubkan, menampilkan watak-watak kesayangan daripada siri Disney Jr. dalam pengembaraan muzikal yang interaktif dan penuh keseronokan.

Penonton akan dapat menyaksikan persembahan langsung yang menampilkan Mickey Mouse, Minnie Mouse, Ariel The Little Mermaid, SuperKitties, Puppy Dog Pals, dan Team Spidey.
Dengan gabungan nyanyian, tarian, visual 3D yang mempesona, dan aksi akrobatik yang mendebarkan, persembahan ini menjanjikan satu pengalaman yang bakal menghiburkan kanak-kanak dan seisi keluarga.
Dalam “Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!”, Mickey Mouse merancang satu temu janji permainan paling hebat untuk rakan-rakannya di Clubhouse.
Namun, apabila fenomena cuaca hijau misteri mengancam keseronokan, Team Spidey daripada Marvel’s Spidey and His Amazing Friends tampiluntuk menyelamatkan semua!
Antara lagu-lagu popular yang akan dipersembahkan termasuklah: “Hot Dog!” daripada Mickey Mouse Clubhouse “Oopsie Kitty” daripada Super Kitties “Do the Spidey” daripada Marvel’s Spidey and His Amazing Friends.
Penerbit Terrapin Station Entertainment, Jonathan Shank, berkata, selepas mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat dan membuat penampilan sulung di peringkat antarabangsa di London, pihaknya amat teruja untuk membawa produksi ajaib ini kepada keluarga di Malaysia.
Ibu bapa dan penjaga boleh mendapatkan tiket di rwgenting.com dan ticketingtix.com, serta mengikuti perkembangan terkini menerusi Instagram, Facebook, TikTok, dan tanda pagar rasmi #DisneyJrTour.
Maklumat Persembahan:
Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!
Tarikh: Jumaat hingga Isnin, 29 Ogos – 1 September 2025
Jumlah Persembahan: 8 persembahan
Lokasi: Arena of Stars, Resorts World Genting
Jadual Persembahan:
∙ Jumaat, 29 Ogos – 7:30 malam
∙ Sabtu, 30 Ogos – 11 pagi, 2.30 petang dan 6 petang
∙ Ahad, 31 Ogos – 11 pagi, 2.30 petang dan 6 petang
∙ Isnin, 1 September – 1 tengah hari

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

