Demonstrasi Indonesia: Video palsu antara punca rumah Menteri Kewangan diserang

Dari Penulis

SIRI rusuhan di Jakarta kini semakin ‘marak’ dengan lebih ramai lagi rumah ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia diserang oleh peserta demonstrasi jalanan.

Lebih parah, siri demonstrasi jalanan kini bertukar menjadi pencerobohan dan rompakan secara besar-besaran, terbuka tanpa pihak berkuasa mampu berbuat apa-apa.

Dengan munculnya gelombang doxxing (pendedahan maklumat peribadi secara dalam talian), kumpulan penunjuk perasaan kini telah menyenaraikan para pegawai dan ahli Parlimen sebagai sasaran mereka.

Terbaharu, Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati menjadi sasaran kumpulan berprofil tinggi kumpulan tersebut.

Hal itu selepas Sri Mulyani mengeluarkan kenyataan berkaitan cukai dan zakat Islam sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia.

Lebih malang, apabila ada pihak tidak bertanggungjawab memuat naik satu video palsu (deepfake) muncul dan viral yang mendakwa Sri Mulyani menyebut guru sebagai ‘beban’.

Rentetan itu, kumpulan penunjuk perasaan pada awal pagi tadi memecah masuk ke kediamannya di kawasan mewah Bintaro, di pinggir Jakarta. 

Rakaman video menunjukkan penunjuk perasaan merosakkan harta benda dan membawa keluar barangan berharga, termasuklah barangan elektronik, lukisan, pakaian dan perabot.

“Saya terkejut kerana mereka memaksa masuk ke kawasan perumahan sambil menjerit dan mencetuskan kekecohan.

“Mereka mengambil barang dari rumah menteri. Saya takut mereka akan masuk ke rumah kami juga,” kata seorang penduduk, Agung, seperti dilaporkan oleh Jakarta Globe.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This