KEMERIAHAN sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Dataran Putrajaya hari ini membuktikan semangat patriotik rakyat tidak pernah luntur, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Fahmi mewakili Jawatankuas Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta yang menjayakan persembahan hari ini.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada lebih 100,000 pengunjung yang hadir. Ada yang menunggu berjam-jam untuk pastikan tidak terlepas menyaksikan pelbagai persembahan mantap. Tidak lupa juga buat jutaan rakyat Malaysia yang menonton dari rumah.
“Terima kasih kepada 14,062 peserta perbarisan dan perarakan, serta 1,000 peserta daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Manakala kesemua 2,000 pelajar yang menjayakan persembahan teres Grafik Manusia. Anda memang hebat!

“Buat semua yang betugas di balik tabir, saya bagi pihak Jawatankuasa Induk Sambutan HKHM 2025, amat menghargai komitmen kalian. Alhamdulillah, satu lagi sambutan Hari Kebangsaan yang cukup bermakna,” katanya dalam kenyataan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

