HADIAH bernilai RM20,000 termasuk baucar percutian domestik dan kredit Touch ‘n Go Wallet menanti peserta kempen ‘Seribu Rasa, Satu Cinta’ Ajinomoto (Malaysia) Berhad dalam peraduan Beli & Menang.
Ajinomoto dalam kenyataan hari ini memaklumakn, pembeli juga boleh menikmati Set Bundle Merdeka eksklusif Shopee, Lazada dan TikTok Shop di Ajinomoto (Malaysia) Berhad yang mana masing-masing menampilkan empat pinggan edisi terhad rekaan cantik yang diinspirasikan daripada hidangan ikonik Malaysia.
Jelas Ajinomoto, kempen itu merupakan penghormatan khas terhadap perpaduan dalam negara melalui makanan dengan meraikan kepelbagaian warna-warni budaya dan cita rasa negara.
“Diadakan sempena Merdeka dan Hari Malaysia, ia menggabungkan tradisi asli, kemeriahan perayaan, dan mesej kebersamaan, mengingatkan kita bahawa walaupun kita mempunyai seribu rasa, kita berkongsi satu cinta untuk Malaysia.
“Untuk menyebarkan keceriaan perayaan dengan lebih lagi, Ajinomoto Berhad telah bekerjasama dengan pempengaruh tempatan dan pencipta kandungan popular untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menyertai perayaan dan mengambil bahagian dalam promosi menarik,” jelas kenyataan itu.
Ajinomoto menambah, kempen itu meraikan ikatan yang menyatukan rakyat Malaysia melalui tradisi, cita rasa dan kenangan melalui gabungan rancak buzz digital dan keseronokan di lapangan.
Lebih menarik, menurut Ajinomoto, video Merdeka yang dihasilkan khas akan menjadi nadi kempen tersebut.
“Kisah yang mendebarkan lagi menyentuh hati tentang empat rakan dalam misi untuk mendapatkan semula empat resipi Malaysia tercinta yang hilang dari pangkalan data mereka. Imbas dan tontoni video penuh di saluran YouTube Ajinomoto.
“Sambutan diteruskan dengan aktiviti yang meriah di Festival Budaya Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa pada 12 September hingga 16 September dan Festival Permainan Malaysia di Dataran Putrajaya pada 26 September hingga 28 September.
“Pengunjung boleh menyertai permainan interaktif, paparan bertema dan pengalaman yang menyeronokkan yang mempamerkan semangat perpaduan,” jelas Ajinomoto,
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

