Ajinomoto taja pelan pemakanan bernutrisi 8 atlet elit sempena Sukan SEA Thailand

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

AJINOMOTO Malaysia Berhad (Ajinomoto) hari ini menjalinkan kerjasama dengan lapan atlet bagi persediaan menghadapi Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-33 yang akan berlangsung di Thailand, Disember ini.

Jalinan kerjasama dikenali sebagai ‘The ASEAN Victory Project’ itu merupakan inisiatif menyokong atlet elit melalui program nutrisi sukan dan kemajuan dalam teknologi AminoScience.

Mereka adalah Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei (badminton, Zaidatul Husniah Zulkifli (lari pecut); Wan Muhammad Fazri Wan Zahari (800m); Queenie Ting Kung Ni (lempar cakera); Jonah Chang Anak Rigan (lontar peluru); Ng Jing Xuan (lempar lembing) dan Sanjay Manimaran (10km).

Melalui kerjasama ini, para atlet akan menyertai program pemakanan sukan ‘Winning Meals Kachimeshi’ bermula dari Oktober hingga Disember 2025.

Sepanjang program ini, atlet menerima pelan pemakanan peribadi seimbang dan bernutrisi, direka khas oleh pakar pemakanan sukan profesional untuk menyokong keperluan latihan serta mengoptimumkan prestasi.

Pelan merangkumi aminoVITAL, formulasi diperkaya dengan Asid Amino Rantaian Bercabang (BCAA) bagi meningkatkan prestasi, menguatkan daya tahan otot, mengurangkan keletihan dan menyokong pemulihan yang lebih pantas.

Baca artikel lain: Pemilik tadika rugi RM1.3 juta, ‘dijanjikan’ keuntungan lumayan pelaburan saham

Program ‘Winning Meals Kachimeshi’ kekal sebagai tunjang usaha Kumpulan Ajinomoto dalam menyediakan hidangan seimbang dan enak bagi menyokong atlet ketika menjalani latihan intensif atau menghadapi pertandingan penting

Timbalan Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Makanan & Pemasaran) Ajinomoto (M) Berhad, Lee Soon Howe berkata, pihaknya berharap program ini dapat memperkasakan atlet negara dalam memaksimumkan prestasi mereka.

“Sejak tahun 2023 Ajinomoto sudah mula memberi tumpuan dalam bidang sukan. Untuk penajaan Sukan SEA kami sudah lakukan sejak dari 2017 lagi, mula dari situ kami sering melakukan kerjasama dengan ramai atlet.

“Sebelum ini kami hanya menaja tiga orang atlet olahraga sahaja dan kali ini jumlahnya meningkat, (tajaan) akan berlangsung selama tiga bulan iaitu sebelum dan selepas berlangsungnya Sukan SEA.

“Kami berharap melalui usaha seperti ini Ajinomoto dapat menyumbang kepada pembangunan sukan di negara ini,” katanya selepas Majlis Pelancaran ‘The ASEAN Victory Porject’, hari ini.

Dalam pada itu, jaguh badminton negara, Ee Wei menyatakan rasa terima kasih beliau kepada Ajinomoto kerana kesudiaan mereka untuk menjalinkan kerjasama seperti ini.

“(Kerjasama) ini melibatkan hal berkaitan nutrisi dan ia sangat membantu kami sebagai atlet untuk mempamerkan persembahan yang terbaik di dalam gelanggang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This