Daniesh Suffian hormati #BASS, enggan tumpang glamor Bella Astillah & Syed Saddiq

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Daniesh Suffian, 27, menzahirkan rasa gembira dengan kebahagiaan sahabat baiknya, penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 31 yang kini dilihat semakin rapat dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Menghormati situasi itu, Daniesh mengakui dirinya kini memilih untuk tidak terlalu kerap dilihat bersama Bella bagi menjaga sensitiviti komuniti penyokong pasangan berkenaan yang dikenali sebagai #BASS.

“Hubungan saya dengan Bella adalah sekadar sahabat baik. Sebenarnya saya sangat gembira untuk dia. 

“Kalau sebelum ini kami selalu buat kandungan media sosial bersama, tapi bila sudah jarang muncul, ada yang salah faham ingat kami bergaduh.

“Sebenarnya, kami tetap berjumpa seperti biasa. Lepak di rumah pun macam keluarga, cuma saya tak mahu terlalu menonjol kerana hormat kepada Bella dan komuniti #BASS.

“Kami juga ada lagu duet bersama Bella yang masih dalam proses pembikinan,” katanya kepada URTV.

Daniesh berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu duet Gunung Kinabalu nyanyiannya bersama penyanyi Azharina Azhar di ibu negara, semalam.

Ditanya lanjut mengenai kenyataannya yang tidak mahu ‘kacau daun’, Daniesh menjelaskan dia enggan kehadirannya memberi kesan negatif terhadap karier Bella.

“Saya tak kisah untuk diri saya, tapi saya kisah untuk karier Bella. 

“Kalau apa yang saya buat boleh memberi impak buruk kepadanya, lebih baik saya mengundur diri. 

“Tapi kalau ia dipandang positif, saya tiada masalah,” ujarnya.

Mengulas perkembangan Bella, Daniesh berkata dia tumpang syukur dan lega melihat sahabatnya itu kini semakin bahagia selepas melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan.

“Semua orang tahu perjalanan hidup Bella sebelum ini penuh dengan ujian. Saya sendiri nampak kesedihan dan kegembiraannya. 

“Alhamdulillah, sekarang saya sangat gembira untuk dia dan saya doakan dia terus kekal bahagia,” ulasnya.

Dalam pada itu, Daniesh yang sudah tujuh tahun bergelar penyanyi memberitahu sudah menghasilkan lapan lagu solo dan duet, selain bakal tampil dengan sebuah lagi lagu duet bersama Bella tidak lama lagi.

Bagaimanapun, anak seni itu mengakui perjalanan kerjayanya masih perlahan dan berharap rezekinya lebih menyinar pada masa akan datang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This