Presiden UMNO sahkan belum terima surat rayuan KJ

Dari Penulis

UMNO masih belum menerima surat rayuan daripada Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dipecat parti itu, dua tahun lalu.

Perkara itu disahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui media, hari ini.

“Belum, saya belum terima lagi,” katanya.

Baca artikel lain: MCMC kenal pasti, padam 31 akaun palsu NSRC

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Menteri Kesihatan itu yang dipercayai telah menghantar surat rayuan melalui pegawainya kepada UMNO.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dipecat daripada parti pada Januari 2023 bersama Tan Sri Noh Omar.

Pada 6 Julai lalu, Khairy menyatakan kesediaan mempertimbang tawaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Ini bagi membantu memudahkannya kembali ke pangkuan parti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This