Lebih 40,000 murid, pelajar sekolah dikesan merokok

Dari Penulis

SEJUMLAH 44,441 orang murid dan pelajar sekolah telah dikesan merokok dalam saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) sepanjang tahun lalu.

Menurut kementerian itu, daripada jumlah tersebut, 230 orang merupakan murid sekolah rendah.

Katanya, 55 orang daripadanya dikesan menggunakan rokok biasa dan 138 lagi menghisap rokok elektronik atau vape.

“Seramai 201 orang murid telah menyertai intervensi berhenti merokok,” jelas KKM dalam jawapan bertulis di Dewan Negara.

KKM menjawab soalan Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengenai sejauh mana program berhenti merokok telah tercapai dengan berkesan.

Kementerian itu menambah, daripada lebih sejuta pelajar sekolah menengah yang disaring, seramai 44,211 orang dikesan merokok.

Katanya, 17,172 orang pelajar menggunakan rokok biasa manakala 19,782 lagi menggunakan rokok elektronik.

KKM memberitahu, Klinik Berhenti Merokok (KBM) ditawarkan di 857 klinik kesihatan di seluruh negara.

“Perkhidmatan ini disediakan bagi membantu dan memudah cara perokok berhenti merokok melalui teknik terapi modifikasi tingkah laku, terapi farmakoterapi atau gabungan kedua-duanya dalam tempoh enam bulan.

“Pada tahun lalu, seramai 38,467 perokok telah mendaftar dalam program berhenti merokok di KBM.

“Daripada jumlah ini, 8,659 klien telah menetapkan tarikh berhenti (quit date), dan 4,916 daripadanya berjaya berhenti merokok, dengan kadar kejayaan (quit rate) sebanyak 56.8 peratus,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This