Rakyat Malaysia di Poland diminta waspada susulan pencerobohan ruang udara

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEDUTAAN Malaysia di Poland menggesa rakyat Malaysia yang menetap di wilayah Podlaskie, Mazowieckie dan Lubelskie agar berwaspada berikutan beberapa insiden pencerobohan ruang udara negara itu, baru-baru ini.

Katanya, rakyat Malaysia dinasihat mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, dapatkan maklumat terkini melalui sumber berita sahih dan mengelakkan perjalanan yang tidak perlu.

“Patuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan beri perhatian kepada semua pengumuman rasmi dan siaran kecemasan.

“Utamakan keselamatan anda dan elakkan perjalanan yang tidak perlu serta kekal berada di lokasi yang selamat,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X.

Baca artikel lain: Belanjawan 2026: Kerajaan beri tumpuan lahir bakat berkemahiran dalam teknologi – PM

Pihak kedutaan juga menggesa rakyat Malaysia supaya segera menghubungi mereka sekiranya berlaku kecemasan di talian +48 226174413 atau +48 660627360 (selepas waktu pejabat), atau melalui e-mel di [email protected].

Terdahulu, Perdana Menteri, Poland Donald Tusk mengumumkan bahawa negara itu akan menutup sempadannya dengan Belarus, termasuk lintasan kereta api mulai tengah malam Khamis atas sebab-sebab keselamatan negara.

Agensi Berita Poland melaporkan langkah itu akan menjejaskan semua lintasan sempadan.

Belarus bertindak balas dengan membantah keputusan itu, terutamanya kerana ia berlaku serentak dengan latihan ketenteraan Russia-Belarus, Zapad-2025.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This