ALIRAN trafik dijangka meningkat sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Malaysia.
Peningkatan aliran trafik itu dijangka berlaku terutama pada hari puncak iaitu 12, 13, 19 dan 20 September ini.
Justeru, PLUS dalam kenyataan menasihatkan pengguna Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) merancang perjalanan dengan lebih awal.
Menurut PLUS, pengguna boleh merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS.
Katanya, MyPLUS-TTA kini boleh diakses pada hari-hari puncak terpilih setelah melalui penambahbaikan terbaharu.
Baca artikel lain: Dua warga China maut kemalangan di Lebuhraya PLUS
“Ia direka untuk membantu pengguna kenderaan lebuh raya merancang perjalanan di Lebuhraya PLUS dan LPT2 untuk hari-hari puncak dan di luar musim perayaan dengan lebih efisien.
“MyPLUS-TTA juga membantu memastikan aliran trafik lebih lancar sekali gus memberikan pengalaman perjalanan lebih selesa,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya memuat turun atau mengemas kini aplikasi PLUS untuk merancang perjalanan dengan lebih mudah, serta memastikan baki kad Touch ‘n Go atau e-dompet sentiasa mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
“Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-62 dan selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

