Insiden cederakan OCPD Dang Wangi perbuatan keji, mesti dikecam – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

INSIDEN menyerang sehingga mencederakan penjawat awam iaitu Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman oleh pihak berkepentingan serta tidak bertanggungjawab disifatkan perbuatan keji dan mesti dikecam.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk segera menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Pada masa sama, Anwar menegaskan supaya dalang dan penyerang yang bertanggungjawab mencederakan OCPD Dang Wangi itu diberkas.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan menghormati hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian dengan perkara itu dibuktikan dengan konsisten melibatkan pelbagai himpunan sebelum ini.

“Namun, prinsip kebebasan juga menuntut kita untuk bertanggungjawab dan mesti patuh tunduk pada hukum, adab dan undang-undang.

“Berhimpun secara aman mesti tidak harus disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram dalam kalangan rakyat.

Baca artikel lain: Operasi pengosongan bangunan Kampung Sungai Baru tegang, OCPD Dang Wangi cedera dibaling batu

“Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Sulizmie Affendy dilapor cedera di kepala selepas dipercayai dibaling batu semasa mengawal keadaan ketika operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, hari ini.

OCPD Dang Wangi itu cedera susulan berlaku ketegangan dan kekecohan akibat rempuhan penduduk yang mendesak masuk ke kawasan operasi.

Sulizmie dilihat mengalami luka berdarah pada bahagian kepala sebelum dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian berlaku ketika operasi diketuai bailif mahkamah dengan kerjasama beberapa agensi susulan arahan mahkamah bagi melaksanakan proses perobohan struktur rumah di kawasan berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This