Hantaran hina mahkamah, Mona Din dikenakan Notis Tunjuk Sebab

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AKTIVIS kemanusiaan, Mona Din dikenakan Notis Untuk Tunjuk Sebab susulan satu hantaran yang dimuat naik di laman media sosial Facebook pada 4 September lalu berhubung prosiding inkues Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan memaklumkan, Notis Untuk Tunjuk Sebab itu diserahkan kepada Mona Din atau nama sebenarnya, Che Muna Din, semalam, selaras dengan Aturan 52 Kaedah 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Menurut AGC, penghantaran Notis Untuk Tunjuk Sebab itu merupakan sebahagian daripada prosedur yang perlu dipatuhi bagi memulakan prosiding pengkomitan kerana menghina mahkamah.

AGC memaklumkan, hantaran yang dimuat naik Mona Din antara lain mempertikaikan keterangan saksi pakar iaitu Pakar Patologi Forensik di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu, Dr Jessie Hiu berpotensi mempengaruhi pandangan awam.

Pada masa sama, katanya, hantaran tersebut juga berpotensi mengganggu perjalanan prosiding inkues yang sedang dijalankan.

“Jabatan ini juga ingin memaklumkan bahawa pertuduhan jenayah terhadap beberapa individu lain yang telah membuat kenyataan berkaitan dengan kes melibatkan Zara Qairina yang berpotensi mengganggu perjalanan prosiding inkues akan dikemukakan dalam masa terdekat.

“Jabatan ini memandang serius sebarang tindakan yang boleh menjejaskan proses keadilan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian.

“Sehubungan itu, Jabatan ini mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik, mengulas atau menyebarkan sebarang hantaran yang boleh menimbulkan kekeliruan atau mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam prosiding inkues sebelum ini, Dr Hiu memberi keterangan bahawa adalah tidak mungkin Zara terjatuh atau ditolak.

Baca artikel lain: Inkues Zara Qairina: Tiada CCTV di blok asrama Rabiatul Adawiyah, dedah pengawal keselamatan

Beliau menjelaskan pelajar berusia 13 tahun itu mungkin melompat atau berayun dari tempat tinggi lalu mendarat pada kaki kirinya, menyebabkan daya hentakan bergerak ke arah atas badan.

Bagaimanapun, katanya adalah terpulang kepada mahkamah untuk menentukan sama ada Zara bertindak melompat dengan kehendaknya sendiri.

Keterangannya mencetuskan kritikan apabila ramai pengguna media sosial mempersoalkan penemuan dan kelayakannya, malah ada yang turut melemparkan kata-kata kesat.

Peguam Hamid Ismail yang mewakili ibu Zara, menyeru orang ramai agar menghormati Dr Hiu.

Dr Hiu, 58, yang berkhidmat di Hospital Queen Elizabeth sejak 1998, memiliki ijazah perubatan dari Universiti Sains Malaysia (USM) serta sarjana patologi dari Universiti Malaya.

Beliau juga ahli kepada Malaysian Medical Association (MMA), Malaysian Society of Forensic Medicine and Science, dan Indo-Pacific Association of Law, Medicine and Science.

Pakar itu menjalankan serta menyelia antara 100 hingga 150 bedah siasat setiap tahun selain memberi keterangan pakar antara 10 hingga 15 kali setahun di Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi di Sabah serta Labuan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This