Operasi pengosongan bangunan Kampung Sungai Baru tegang, OCPD Dang Wangi cedera dibaling batu

Dari Penulis

KETUA Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di kepala selepas dipercayai dibaling batu semasa mengawal keadaan ketika operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, hari ini.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Sulizmie dilapor cedera susulan berlaku ketegangan dan kekecohan akibat rempuhan penduduk yang mendesak masuk ke kawasan operasi.

OCPD Dang Wangi itu dilihat mengalami luka berdarah pada bahagian kepala sebelum dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian berlaku ketika operasi diketuai bailif mahkamah dengan kerjasama beberapa agensi susulan arahan mahkamah bagi melaksanakan proses perobohan struktur rumah di kawasan berkenaan.

Baca artikel lain: Lima warga asing ditahan curi duit pelancong sekitar Kuala Lumpur

Penduduk terutamanya golongan yang rumahnya bakal diroboh dilihat sudah berkumpul di sekitar kawasan operasi dan sebahagiannya menuntut pihak berkuasa menghentikan tindakan tersebut dan mahu mengadakan perbincangan.

Ada juga yang mendesak supaya dibenarkan masuk ke kawasan rumah mereka hingga mencetuskan suasana tolak-menolak dengan pasukan kawalan.

Pihak berkuasa terus memantau rapi kawasan tersebut bagi mengelakkan konfrontasi lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This