UtusanTV lahir hasrat kerjasama dengan Halim Mazmin Group

Dari Penulis

UTUSANTV, portal berita yang memiliki hampir enam juta pengikut di semua platform media sosial, berhasrat untuk bekerjasama dengan Halim Mazmin Group (HMG) dalam mengembangkan jenama korporat masing-masing.

Hasrat itu disuarakan Ketua Pengarang UtusanTV, Metra Syahril Mohamed ketika pertemuan bersama Pengerusi Eksekutif HMG, Tan Sri Dr. Halim Mohammad di Halim Mazmin Place di ibu negara, hari ini.

Pertemuan itu turut disertai Penolong Pengarang Berita UtusanTV, Afiq Mohd. Shah dan Pengurus Editorial, Nurfarahin Mohamad.

Hadir sama, Pegawai Khas Kepada Pengerusi Eksekutif, Muhammad Marzuki Mohd. Zabidi dan Ketua Kumpulan Pemasaran dan Komunikasi HMG, Christine Ong.

Pelbagai ruang kerjasama dibincangkan termasuk usaha mengembangkan jenama Meritus University dan HM Aerospace Sdn Bhd sebagai pilihan anak muda dalam sektor pendidikan profesional.

HMG memiliki pelbagai cabang perniagaan termasuk perhotelan dan hospitaliti; perkapalan dan pendidikan.

UtusanTV kini merupakan media arus perdana nombor satu di platform media sosial TikTok dengan jumlah pengikut seramai 5.6 juta orang.

UtusanTV juga terus mengukuhkan kedudukan di media sosial lain seperti Facebook (147,000 pengikut), Instagram (128,000 pengikut) dan Telegram (64,000 pengikut).

Dengan hampir 6 juta pengikut terkumpul di semua platform media sosial, UtusanTV kini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk mendapatkan berita terkini yang sahih dan tepat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This