Batal sewa helikopter Blackhawk: Aerotree saman kerajaan RM353 juta

Dari Penulis

Syarikat pertahanan tempatan, Aerotree Defence and Services Sdn Bhd (Aerotree) memfailkan sama RM353 juta terhadap kerajaan susulan pembatalan sewaan lima tahun helikopter Blackhawk.

Ia melibatkan empat helikopter Blackhawk UH-60A buatan Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan The Edge, saman difailkan melalui firma guaman Messrs Hafarizam, Wan Aisha & Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan turut menamakan Kementerian Pertahanan dan ketua setiausahanya sebagai defendan.

Aerotree memohon perintah mahkamah untuk memaksa kerajaan meneruskan perjanjian berkenaan berdasarkan surat setuju terima bertarikh 17 April 2023.

Sekiranya tidak, syarikat itu menuntut ganti rugi khas RM17.5 juta, ganti rugi tambahan RM38.7 juta, dan pampasan AS$38.7 juta (RM297.3 juta). Ia juga menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk.

Aerotree juga memohon supaya kerajaan dihalang daripada menggunakan jaminan bank RM1.87 juta, serta satu pengisytiharan bahawa penamatan pada 31 Oktober 2024 adalah tidak sah dan batal.

Dalam penyataan tuntutan setebal 31 muka surat itu, syarikat itu menyatakan kerajaan telah bersetuju untuk menyewa empat helikopter bernilai RM187.5 juta di bawah inisiatif pembiayaan swasta, dengan syarikat tersebut akan memiliki, mengendalikan, dan menyelenggara pesawat berkenaan.

Pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 23 Oktober.

Terdahulu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak memberikan maklum balas kepada UtusanTV ketika diajukan persoalan mengenai perkara ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This