Empat nelayan positif dadah dicekup di perairan Tanjung Emas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

EMPAT nelayan tempatan ditahan selepas disahkan positif dadah dalam operasi bersepadu dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Johor di perairan Tanjung Emas, Muar pada 18 dan 19 September lalu.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal memaklumkan, hasil pemeriksaan dan saringan air kencing mendapati empat nelayan berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.

Menurut Mohammad Zaini, sebanyak tujuh vesel nelayan tempatan telah diperiksa sepanjang operasi selama dua hari itu.

“Kesemua mereka ditahan dan diserahkan kepada pihak AADK untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Sementara itu, dua daripada vesel yang ditahan kemudiannya dibebaskan dan diserahkan semula kepada pemilik masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Insiden di RnR Behrang: Lelaki dipercayai terlibat pecah rumah ditahan

Operasi yang disertai 12 pegawai AADK Negeri Johor dan Muar dengan diketuai Timbalan Pengarah Cawangan Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Johor, Zatul Rawihah Abdul Razak itu turut membabitkan Bot Penggalang 30 dan Bot Petir 85.

Dalam pada itu, Mohammad Zaini menegaskan Maritim Malaysia komited mempergiatkan operasi bersama agensi penguat kuasa lain bagi memastikan perairan negara bebas daripada jenayah termasuk penyalahgunaan dadah.

“Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh keselamatan di laut, malah memberi mesej jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di 07-4344020 untuk tindakan segera,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This