Serangan berterusan zionis di Gaza: 60 terkorban

Dari Penulis

TENTERA Israel meneruskan siri serangan ke atas Bandar Gaza dan seluruh Semenanjung Gaza dengan sekurang-lurangnya 60 penduduk Palestin terkorban, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Arab News melaporkan, serangan pada semalam itu berlaku ketika 10 negara termasuk Belgium dan Kanada, dijadual secara rasmi mengiktiraf sebuah negara Palestin yang merdeka menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), esok.

Serentak dengan serangan darat, zionis meneruskan kempen memusnahkan dengan menyasarkan bangunan-bangunan di Bandar Gaza.

Pasukan tentera Israel, yang mengawal timur Bandar Gaza, terus membedil kawasan Sheikh Radwan dan Tel Al-Hawa yang menjadi lokasi strategik untuk mara ke bahagian tengah dan barat bandar tersebut.

Sebahagian besar penduduk Bandar Gaza kini berlindung di kawasan itu.

Tentera Israel menganggarkan mereka telah memusnahkan sehingga 20 blok bangunan di Bandar Gaza dalam tempoh dua minggu lalu.

Menurut media Israel, pihak tentera juga percaya lebih 500,000 orang telah meninggalkan bandar itu sejak awal September.

Di aplikasi Telegram, sayap tentera Hamas sebelum ini menyiarkan imej montaj tebusan Israel, memberi amaran bahawa nyawa mereka dalam bahaya akibat operasi ketenteraan Israel di Bandar Gaza.

Hamas juga menganggarkan sejak 11 Ogos, tentera Israel telah memusnahkan atau merosakkan lebih 1,800 bangunan kediaman di Bandar Gaza, serta memusnahkan lebih 13,000 khemah yang menempatkan keluarga pelarian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia ucap tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang tahun penubuhan ke-105

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada parti pemerintah China sempena ulang...

More Articles Like This