SUSPEK utama yang juga bapa saudara kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dipukul hingga parah di kepala menggunakan tukul pernah mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan mengalami halusinasi.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azrie memaklumkan, lelaki berusia 46 tahun itu telah melarikan diri menaiki motosikal selepas dipercayai memukul anak saudaranya dengan tukul.
Katanya, suspek kemudiannya ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok rhu di Pantai Melawi, Bachok pada pukul 8.30 malam.
Beliau berkata, polis telah menahan seorang wanita yang juga isteri suspek berusia 36 tahun bagi membantu siasatan.
“Mayat suspek telah dihantar ke unit forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Baca artikel lain: Lelaki pukul anak saudara guna tukul ditemukan mati tergantung di Bachok
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Azrie berkata, kanak-kanak berkenaan yang juga murid Sekolah Kebangsaan Jelawat kini dirawat di HPUSM.
Beliau memberitahu, pemeriksaan awal pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan erius di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul dipercayai tukul.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan sensitiviti keluarga mangsa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

