Lelaki pukul anak saudara guna tukul ditemukan mati tergantung di Bachok

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditemukan maut dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok di Bachok, selepas dipercayai memukul anak saudaranya hingga parah menggunakan tukul di sebuah rumah kedai di Jelawat, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mayat suspek yang tidak bekerja itu ditemui pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi, Bachok, kira-kira tiga kilometer dari rumah kedai tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan bahawa seorang kanak-kanak mengalami kecederaan parah akibat dipukul menggunakan tukul.

Beliau berkata, lelaki berusia 46 tahun itu telah melarikan diri ke pantai itu dengan menunggang motosikal selepas disyaki memukul mangsa.

Baca artikel lain: Baru bernikah seminggu, Pengarah animasi Ejen Ali ditemukan maut di tepi sungai

“Kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan cedera parah di sebuah rumah kedai dan telah dihantar ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

“Suspek dipercayai memukul anak saudaranya yang berusia tujuh tahun di bahagian kepala dengan tukul.

“Siasatan kemudiannya menemukan suspek meninggal dunia pada pokok berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Azrie memberitahu, mayat suspek telah diuruskan pasukan forensik manakala kanak-kanak lelaki itu masih berada dalam keadaan kritikal.

“Kes sedang disiasat lanjut dan perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri X70 kemalangan di LPT2 meninggal dunia

SEORANG wanita yang dilaporkan putus kaki kiri selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh...

More Articles Like This