AS setuju pertimbang kecualikan tarif untuk minyak sawit, koko

Dari Penulis

AMERIKA Syarikat (AS) bersetuju mempertimbangkan pengecualian tarif iaitu tarif berkadar sifar ke atas minyak sawit dan koko yang dijangka dimuktamadkan pada Oktober ini.

Ketua Perunding Malaysia, Mastura Ahmad Mustafa berkata, AS juga akan mempertimbangkan tarif berkadar sifar bagi perabot, bahagian dan komponen automotif serta bahagian dan komponen aeroangkasa.

Katanya, perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak AS dalam beberapa rundingan sebelum ini.

“Seperti yang dimaklumkan, kita sekarang dalam proses memperincikan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas, jadi bermula semalam kita telah mengaturkan beberapa sesi secara maya dengan AS untuk menyelesaikan perjanjian tersebut.

Baca artikel lain: Lelaki pukul anak saudara guna tukul ditemukan mati tergantung di Bachok

“Dalam rundingan ini, pihak AS ada menyatakan pertimbangan boleh diberikan kepada beberapa barangan yang pada pandangan mereka adalah produk yang memang tidak boleh dikeluarkan di AS.

“Bagi produk tersebut mereka akan mempertimbangkan sama ada mengenakan pengecualian iaitu sifar tarif daripada unilateral tarif ini,” katanya seperti dilapor Bernama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This