Rafidah Ibrahim berdepan risiko sita aset dan kebankrapan

Dari Penulis

AHLI perniagaan, Datuk Haris Embong menerusi syarikatnya, Arisprop Holdings Sdn Bhd akan mengambil tindakan susulan termasuk menyita aset atau memfailkan kebankrapan terhadap selebriti, Rafidah Ibrahim selepas gagal melunaskan bayaran saman fitnah berjumlah RM281,000 seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Haris yang juga Pengarah Urusan Arisprop berkata, tindakan itu adalah langkah terakhir selepas keputusan mahkamah pada 31 Julai 2024 yang memihak kepada beliau dan Arisprop Holdings masih belum dipatuhi sehingga kini. 

Katanya, langkah tersebut penting demi memastikan keputusan mahkamah dihormati serta menjaga kepentingan syarikat.

Saman fitnah itu difailkan pada November 2021 selepas Rafidah menerbitkan dua hantaran di media sosial pada September dan Oktober tahun sama yang membawa maksud beliau melakukan perbuatan tidak bermoral, manakala syarikat Arisprop pula dituduh mengamalkan perniagaan tidak beretika.

“Sejak tercetusnya isu ini, saya dan syarikat berdepan pelbagai persepsi negatif, malah dihujani tuduhan serta komen daripada netizen sehingga menjejaskan reputasi kami. 

“Oleh itu, saya tiada pilihan selain menuntut hak melalui saluran undang-undang,” katanya.

Perbicaraan saman fitnah itu berlangsung pada 16 dan 17 Mei 2024 sebelum Mahkamah Tinggi membuat keputusan pada Julai tahun lalu memihak kepada Datuk Haris dan Arisprop Holdings.

Mengikut penghakiman, Rafidah diperintahkan membayar RM100,000 kepada Datuk Haris dan RM150,000 kepada Arisprop Holdings selain kos guaman serta faedah lima peratus setahun daripada tarikh penghakiman hingga bayaran selesai.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan Rafidah melunaskan kos RM30,000 serta fi alokator RM1,200. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar mencecah RM281,000.

Datuk Haris berkata, beliau dan pihak syarikat telah mendapatkan nasihat guaman daripada firma Tetuan Izral Partnership berhubung tindakan lanjut yang boleh diambil bagi memastikan penghakiman dilaksanakan.

“Kami sedang meneliti pilihan sama ada menyita aset atau memfailkan kebankrapan terhadap Rafidah Ibrahim kerana sehingga kini tiada bayaran dibuat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan undang-undang ini bukanlah soal dendam peribadi, sebaliknya untuk membersihkan nama beliau serta syarikat daripada tuduhan tidak berasas selain memastikan keadilan ditegakkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This