Diesel Filipina: Pihak tak bertanggungjawab digesa hentikan fitnah – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan golongan yang menyebarkan fitnah kononnya Filipina memperoleh diesel dari Malaysia sebagai tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, beliau menggesa kepada pihak terbabit supaya menghentikan perbuatan tersebut dan menumpukan usaha membangunkan negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

“Baru-baru ini terdapat fitnah yang digerakkan golongan tidak bertanggungjawab kononnya Filipina memperoleh diesel dari Malaysia.

“Hakikatnya, ia bukan minyak Malaysia, tidak melibatkan Petronas dan bukan keputusan kerajaan untuk membekalkan diesel, sebaliknya ini urusan syarikat asing, Vitol,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwar menjelaskan penghantaran minyak diesel itu adalah berkaitan urus niaga syarikat asing Vitol yang beroperasi di Pengerang dan ia bukan syarikat Malaysia.

“(Ia) bukan syarikat PETRONAS dan ia memang ada perjanjian membawa minyak (untuk) jual ke Filipina. Bukan kita bagi (minyak) kepada Filipina. Tapi, kita tidak menahan. Kita bagi laluan. Minyak (milik) orang dalam perjanjian asing.

“Itu yang kita lalui walaupun (berlaku) sedikit kontroversi. Saya harap hentikanlah kontroversi ini dan tumpu untuk bangunkan negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ini,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This