DMS Berselawat, tradisi himpunkan 500 peserta. Jadi wadah hubung masyarakat dengan cinta kepada Rasul

Dari Penulis

Tidak hanya mahu dikenali sebagai jenama kereta mewah, DMS Motors Sdn Bhd melangkah setapak lagi dengan menganjurkan program DMS Berselawat, menghimpunkan lebih 500 peserta dalam suasana penuh kerohanian dan kebersamaan.

Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Datuk Mohamad Salim Abd Rahman berkata, program ini adalah kesinambungan daripada kejayaan DMS Raikan Ramadan 2025 lalu dan bakal dijadikan acara tahunan.

“Jika sebelum ini masyarakat sudah mengenali DMS melalui majlis berbuka puasa dan sumbangan Ramadan, kini DMS memperluaskan inisiatif tersebut dengan memberi tumpuan kepada selawat sebagai wadah menghubungkan masyarakat dengan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

“Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Ramai yang hadir bersama keluarga, guru-guru serta rakan-rakan pelanggan DMS. Kami ingin menjadikan acara ini sebagai tradisi tahunan, selain program Ramadan, supaya masyarakat dapat bersama-sama menghayati nilai ibadah dan kebersamaan,” katanya.

Antara yang mencuri perhatian ialah bacaan 30 juzuk al-Quran, penyerahan sumbangan kepada pelajar tahfiz, sebelum acara kemuncak selawat.

Majlis diserikan dengan kehadiran tokoh agama seperti Ustaz Ashraf Suarin dan Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari, di samping selebriti tanah air, Nash dan Ebby Yus.

Lebih menarik, acara ini turut dijadikan platform untuk DMS berkongsi perkembangan terbaharu syarikat termasuklah pelancaran DMS Capital, sebuah sistem pembiayaan patuh syariah yang memberi kemudahan kredit kenderaan tanpa kebergantungan penuh kepada institusi bank.

Selain itu, pelancaran DMS Care memberi jaminan tambahan kepada pembeli kereta, meliputi perlindungan enjin, gearbox, ECU dan komponen penting lain.

Dengan sokongan tiga bengkel milik DMS, pelanggan diyakinkan dengan tahap penyelenggaraan dan khidmat selepas jualan yang lebih menyeluruh.

“Matlamat kami bukan sahaja menggerakkan perniagaan automotif, tetapi juga membina legasi yang memberi manfaat kepada masyarakat. Kami bukan sahaja ingin berjaya dalam perniagaan, tetapi juga ingin memberikan impak positif kepada masyarakat. Program seperti ini adalah salah satu cara kami untuk memberi kembali kepada masyarakat.

“Melalui program seperti DMS Berselawat dan DMS Raikan Ramadan, kami berharap dapat terus menyumbang nilai rohani, manakala melalui DMS Capital dan DMS Care, kami ingin memberikan kemudahan duniawi yang memudahkan urusan harian pelanggan,” jelasnya.

DMS Berselawat bukan sekadar wadah kerohanian, namun menjadi simbol komitmen DMS untuk menyantuni masyarakat dengan pendekatan seimbang dunia dan akhirat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 14,900 penerima di enam negara nikmati manfaat Program Ihsan Korban

Semangat pengorbanan Aidiladha terus diterjemahkan melalui misi kemanusiaan apabila Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) berjaya menyantuni lebih 14,900 penerima di...

More Articles Like This