Kapal Free Willy dipintas: Haroqs, Haikal, Dr Taufiq dipercayai ditahan

Dari Penulis

SEBUAH kapal delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu kapal Free Willy yang antara lain membawa tiga sukarelawan Malaysia telah dipintas oleh rejim zionis di perairan antarabangsa pada pukul 7.53 pagi waktu Gaza.

Sumud Nusantara turut berkongsi hantaran berbentuk video yang bermakna Hareez Adzrami atau Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Dr Taufiq Mohd Razif yang berada di atas kapal itu sipercayai sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel.

Laporan sebelum ini menyebut baki sembilan orang delegasi Malaysia yang berada di dalam kapal Free Willy, Fair Lady dan Estrella dilaporkan belum dipintas tentera rejim zionis dan meneruskan pelayaran ke Gaza.

Perkara itu dinyatakan Sumud Nusantara Command Center (SNCC) menerusi kenyataan setakat pukul 11.30 pagi ini.

Di kapal Estrella pula, empat sukarelawan Malaysia berada di dalamnya iaitu Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan (PU Rahmat), Norhelmi Ab Ghani, Norazman Ishak dan Mohd Asmawi Mukhtar.

Sementara itu dua lagi rakyat Malaysia berada dalam kapal Fair Lady iaitu Muhammad Abdullah (Ustaz Muhammad Kechik) dan Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, dua orang delegasi Malaysia yang berada di kapal Mikeno dan Inana tidak dapat dihubungi sejak serangan berlaku.

Katanya, mereka adalah Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana) dan Razali Awan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This