Kenyataan Ben Gvir biadab, aktivis GSF hanya bawa bantuan kemanusiaan – Anwar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KENYATAAN Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir yang menuduh aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas disifatkan sangat biadab.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dakwaan itu tidak sepatutnya ditujukan kepada aktivis GSF yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan untuk penduduk di Gaza.

Malah, kata beliau, kenyataan Ben Gvir itu hanya menunjukkan dirinya sebagai seorang ‘pengganas’.

“Suaranya (Ben Gvir ini) daripada siapa… daripada ‘terrorist‘ (pengganas) Israel. Jadi ‘terrorist’ (pengganas) besar (beri) gelaran. Mereka (aktivis GSF) ini tidak membawa senjata, tak bunuh orang, dia bawa makanan, minuman dan perubatan.

“Bagaimana boleh gelar mereka ini ‘terrorist‘ (pengganas) ? Ini satu kenyataan yang biadap,” katanya demikian ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khadijah di Pantai Dalam, hari ini.

Baca artikel lain: Kapal terakhir Global Sumud Flotilla, Marinette dipintas rejim zionis Israel

Pagi tadi, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendakwa Israel telah menuduh aktivis GSF yang ditahan rejim zionis itu sebagai pengganas.

Muhammad Nadir berkata, Ben Gvir berusaha keras bagi menampakkan peserta misi kemanusiaan itu seperti pengganas menerusi video yang dirakam.

“Pertama sekali kita tak share (kongsi) video ni sebab percaya propaganda mereka tapi sebab kesian pengganas Ben Gvir ni ‘try hard’ betul nak bagi nampak peserta GSF pula macam pengganas. Apabila peserta mula laung Free Free Palestine terus cut video.

“Kedua dia kata ada satu je kotak bantuan padahal team Sumud Nusantara yang beli, pek dan agih bantuan untuk dibawa dalam majoriti kapal dan kita dah tunjuk video di medsos kita,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This