SATU-SATUNYA kapal yang sebelum ini meneruskan pelayaran ke perairan Gaza iaitu Marinette telah dipintas tentera rejim zionis Israel, sebentar tadi.
Perkembangan terbaharu itu didapati daripada siaran langsung kamera litar tertutup (CCTV) kapal Marinette disiarkan di Youtube.
Menerusi siaran langsung itu, kru Marinette dilihat beberapa kali menunjukkan kepada CCTV bahawa terdapat kapal perang menghampiri mereka.
Kru kapal turut beberapa kali mengangkat isyarat ‘war ships coming‘ kepada CCTV sebelum dipintas tentera rejim zionis itu.
Terdahulu, media melaporkan Marinette telah memasuki Zon Merah kedua setakat pukul 2 petang tadi waktu Malaysia.
Baca artikel lain: GSF: Menteri Luar Israel beri amaran akan ambil tindakan terhadap Marinette
Wakil Jawatankuasa Induk Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Nur Adibah Razali berkata, berdasarkan bacaan kelajuan, kapal itu kini berada pada tahap memecut.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran di Facebook memaklumkan, penahanan kapal Marinette itu bermakna perjalanan seluruh peserta Global Sumud Flotilla gelombang pertama telah pun berakhir.
“Alhamdulillah, mereka berjuang dengan sumud sehingga ke saat akhir.
“Kini tiba tugas para peguam ADALAH (Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel) dan tugas kita, menekan sehingga semua peserta dibebaskan dan genosid dihentikan. Bangkit!,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

