Hidang arak: MOTAC terima teguran PM, pastikan program ikut garis panduan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima teguran keras Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesilapan menghidangkan arak dalam acara rasmi kerajaan yang tular baru-baru ini.

MOTAC dalam kenyataan dengan penuh tanggungjawab dan takzim turut amat mengesali sebarang kekeliruan atau salah faham yang telah menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan rakyat.

Pada masa sama, kementerian itu memaklumkan telah mengambil iktibar daripada perkara berkenaan dan akan memastikan agar perkara seumpama itu tidak akan berulang.

“MOTAC juga akan memastikan setiap pelaksanaan program di bawah seliaannya mematuhi garis panduan dan etika yang telah ditetapkan.

“MOTAC juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas nasihat, teguran membina serta sokongan berterusan terhadap usaha kementerian dalam memperkasa industri pelancongan, seni dan budaya negara.

“MOTAC akan terus memperkukuh serta memastikan penambahbaikan berterusan dalam pelaksanaan tanggungjawab kepada rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Hidang arak dalam acara rasmi kerajaan: PM beri amaran keras kepada King Sing, MOTAC

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan kementerian berkenaan telah diberikan amaran keras supaya kesilapan menghidangkan arak dalam acara rasmi kerajaan tidak lagi berulang.

Perdana Menteri menegaskan, penjelasan MOTAC bahawa arak hanya dihidangkan selepas acara rasmi berakhir tidak wajar sama sekali.

Pada masa sama, beliau menegaskan, dasar kerajaan secara tegas tidak membenarkan arak dihidangkan sama sekali.

Sebelum ini, tular gambar memaparkan program didakwa Global Travel Meet 2025 Gala Dinner di bawah Tourism Malaysia menyajikan minuman beralkohol, namun King Sing menegaskan pihak industri dan sektor swasta teruja dengan acara global yang julung kali dianjurkan itu sehingga menaja serta meraikan rakan-rakan industri antarabangsa melalui majlis makan malam berkenaan.

Tambahnya lagi, acara selama dua hari setengah dianjurkan dengan inisiatif pihak industri serta sektor swasta itu berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor akan membawa isu berkenaan ke mesyuarat Kabinet dan UMNO yang diterajuinya menolak sekeras-kerasnya perbuatan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This