Belanjawan 2026: Kadar duti eksais rokok, alkohol dinaikkan mulai 1 November ini

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KADAR duti eksais ke atas produk rokok dinaikkan berkuat kuasa mulai 1 November ini bagi mengurangkan prevalens perokok di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kenaikan itu merangkumi rokok yang naik 2 sen per batang; cigars, cheroots dan cigarillos naik RM40 per kilogram (kg) dan produk heated tobacco naik RM20 per kg kandungan tembakau.

“Pada masa yang sama, Kerajaan turut melanjutkan tempoh pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk
terapi gantian nikotin dan diperluas kepada produk nicotine mist dan nicotine lozenges sehingga 31 Disember 2027.

“Bagi mengurangkan akses kepada minuman beralkohol dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat, Kerajaan bersetuju supaya kadar duti eksais bagi produk minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November ini,” katanya.

Mengulas lanjut, hasil tambahan daripada rokok dan minuman keras akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan antaranya untuk
Inisiatif Kesihatan Paru-Paru KKM serta bagi rawatan diabetes dan penyakit jantung.

Katanya, kerajaan mencadangkan perbelanjaan pemvaksinan yang layak mendapat pelepasan cukai pendapatan individu diperluas meliputi semua jenis vaksin yang didaftar dan diluluskan oleh KKM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri X70 kemalangan di LPT2 meninggal dunia

SEORANG wanita yang dilaporkan putus kaki kiri selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh...

More Articles Like This