PERKHIDMATAN transit aliran ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling dilapor mengalami gangguan teknikal di antara Stesen Hang Tuah dan Pudu, pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan Rapid KL menerusi hantaran di Facebook, sebentar tadi.
Menurut hantaran itu, kerja-kerja baik pulih perkhidmatan tersebut sedang dijalankan.
Pada masa sama, katanya, perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan.
“Tren alternatif telah diaktifkan dengan tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya.
Baca artikel lain: Kenderaan parkir dekat LRT Glenmarie rosak dilanggar, polis terima 7 laporan
“Terdapat tren perantara dari Hang Tuah ke Bandaraya dan tren dari Putra Heights serta Ampang akan berpatah balik di Chan Sow Lin,” katanya dalam hantaran tersebut.
Sementara itu, Rapid KL memberitahu, tren perantara juga tersedia dari Chan Sow Lin ke Pudu.
Jelasnya, tren perantara juga tersedia dari Hang Tuah ke Stesen Pudu.
“Ikuti kami untuk kemaskini terkini. Kami memohon maaf atas kesulitan dan terima kasih atas kesabaran anda,” katanya dalam hantaran tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

