Polis masih siasat penyebaran video lucah guna AI babitkan Ahli Parlimen

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran video lucah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) membabitkan beberapa Ahli Parlimen.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), untuk itu pihak polis telah mengambil beberapa keterangan saksi selain mendapatkan bahan bukti digital.

“PDRM juga sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta CyberSecurity Malaysia untuk tujuan analisis forensik.

“Ini bagi mengenal pasti sumber dan pihak yang bertanggungjawab menghasilkan serta menyebarkan video berkenaan,” jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

KDN menjawab soalan Yusuf Abd. Wahab (GPS-Tanjong Manis) mengenai perkembangan terkini siasatan ke atas penyebaran video lucah dihasilkan menggunakan AI ke atas beberapa Ahli Parlimen di negara ini.

Kementerian itu memberitahu, kerajaan memandang serius penyalahgunaan teknologi AI untuk tujuan jenayah dan fitnah khususnya apabila ia melibatkan pemimpin negara.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat, selaras dengan undang-undang sedia ada.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 500 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, memandangkan ia melibatkan penghinaan, fitnah serta penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen daripada PKR, Dr Mohammed Taufiq Johari, menjadi mangsa terbaru ugutan siber membabitkan kandungan pornografi dipercayai menggunakan teknologi AI.

Insiden dialami Ahli Parlimen Sungai Petani itu serupa dengan kejadian pernah menimpa Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Krisis tenaga global: Anwar tegaskan ASEAN perlu bergerak bersama hadapi lonjakan permintaan AI

KRISIS tenaga global yang semakin meruncing susulan ketidaktentuan geopolitik dunia memaksa negara ASEAN mempercepat integrasi tenaga serantau. Perdana Menteri, Datuk...

More Articles Like This