SURAT tawaran haji bagi musim 1447 Hijrah/2026 Masihi akan mula dikeluarkan secara berperingkat kepada bakal jemaah haji bermula 22 Oktober ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pengumuman rasmi akan dibuat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) termasuk memaklumkan mengenai kos bayaran haji bagi musim 2026.
“TH akan mengumumkan kos bayaran haji musim 2026 dan Insya-Allah selepas 22 Oktober kita akan mula keluarkan surat tawaran kepada bakal haji secara berperingkat. Insya-Allah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Festival Halal Antarabangsa Melaka (MIHF’25) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
Perasmian disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri delegasi Menteri-Menteri Agama serantau dari Brunei Darussalam, Republik Indonesia serta Republik Singapura (MABIMS).
Mohd Na’im bagaimanapun tidak mengulas berhubung kuota haji bagi Malaysia yang sebelum ini ditetapkan 31,600 orang.
Media sebelum ini melaporkan Malaysia menghantar permohonan kepada kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan tambahan kuota jemaah haji bagi musim haji tahun hadapan dan surat rasmi mengenai permohonan itu sudah dihantar kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

