DUA remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan selepas dipercayai menendang motosikal unit rondaan bermotosikal (URB) sehingga menyebabkan seorang anggota polis cedera, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi di Jalan Tengku Ismail, Temerloh itu, mangsa berusia 23 tahun bersama rakan setugas sedang melakukan rondaan.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron memaklumkan, anggota polis itu kemudiannya terserempak dengan sebuah motosikal berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.
Menurut beliau, motosikal tersebut dinaiki dua lelaki yang sedang berada dalam keadaan mencurigakan.
“Suspek kemudiannya cuba melarikan diri dengan memecut motosikal yang ditunggang sebelum dikejar anggota berkenaan.
“Ketika itu, remaja tersebut ertindak menendang motosikal polis sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.
Baca artikel lain: MPV pasang Jalur Gemilang terbalik di Pontian, Polis buka kertas siasatan
“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri manakala mangsa dibawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan akibat luka di tangan dan kaki kanan,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Mohd Nasyim memberitahu, dua remaja tersebut telah ditahan pada pukul 2.30 petang semalam.
Katanya, motosikal berwarna hitam yang dipercayai ditunggang suspek semasa kejadian turut dirampas untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan bagi menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
“Tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan individu tanpa lesen sah menunggang motosikal, manakala ibu bapa atau penjaga boleh disiasat mengikut Seksyen 39 akta sama,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

