Malaysia tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata untuk melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang benar-benar memenuhi tuntutan industri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penguasaan ilmu mesti disertai kemahiran praktikal, latihan berterusan serta keupayaan menyesuaikan diri dengan keperluan ekonomi baharu.

Justeru, Perdana Menteri berkata, sinergi lebih kukuh mesti diperkasa dalam membina asas ilmu dan kepakaran.

Menurut Anwar, sinergi antara kerajaan, universiti dan pemain industri itu diperlukan bagi menjadi rakan strategik dalam memperkaya pengalaman, latihan serta pendedahan dunia sebenar kepada graduan.

“Pendekatan tersebut penting bagi memastikan bakat yang dilahirkan bukan sahaja berkelayakan tetapi benar-benar bersedia untuk menyumbang kepada pertumbuhan negara.

“Perkara ini saya tekankan ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, penting bagi negara terus memperkasa kemahiran peerja dan meningkatkan produktiviti.

Pada masa sama, kata beliau, negara juga perlu membuka lebih banyak peluang peningkatan kerjaya kepada generasi muda.

“Terkait perkara ini, saya umumkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi memperkasa agenda TVET 2.0 dalam memperluaskan akses latihan berkualiti, memperkukuh kerjasama dengan industri serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu mendepani cabaran ekonomi masa hadapan dengan penuh yakin dan berdaya saing,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This