Dasar pemilihan jemaah haji kekal berasaskan sistem giliran – Mohd Na’im

Dari Penulis

DASAR pemilihan jemaah haji kekal berasaskan sistem giliran pendaftaran dan bukannya faktor usia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Tabung Haji akan terus menggunakan prinsip ‘siapa daftar dahulu, dia didahulukan’ bagi memastikan keadilan kepada semua pendeposit.

“Saya sudah jawab perkara ini. Polisi sedia ada ialah siapa yang daftar dahulu, dia akan didahulukan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim 1447H, hari ini.

Ujarnya, usul beberapa ahli Parlimen agar individu berumur 60 tahun ke atas diberikan kelayakan automatik untuk menunaikan haji melalui pakej muassasah akan dibincangkan dan diberi pertimbangan.

“Saya faham isu usia itu, tetapi biarlah usul yang dibawa oleh ahli-ahli Parlimen dibincangkan dan diberikan pertimbangan oleh Tabung Haji,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan beberapa Ahli Parlimen supaya individu berumur 60 tahun ke atas diberi kelayakan automatik untuk menunaikan haji di bawah kuota muassasah.

Berdasarkan rekod Tabung Haji, lapan peratus daripada lebih empat juta pendaftar haji adalah merupakan individu warga emas.

Menurutnya, walaupun cadangan itu dilihat wajar dari sudut kemanusiaan, dasar sedia ada perlu dipelihara bagi menjaga kepercayaan awam terhadap sistem penggiliran TH yang terbukti telus dan berintegriti.

“Kerajaan tidak menolak untuk mendengar pandangan, tetapi biarlah sebarang perubahan dibuat dengan kajian menyeluruh agar tidak menjejaskan mereka yang sudah lama menunggu giliran,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This