Nora Danish nafi status Nedim ditujukan kepadanya – “Tak rasa status itu ditujukan kepada saya sebab hubungan kami masih baik”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Nora Danish menegaskan dia tidak terasa atau menganggap status dimuat naik bekas suami, Nedim Nazri di platform Threads baru-baru ini ditujukan kepadanya.

Nora berkata, hubungannya dengan Nedim masih dalam keadaan baik walaupun mereka kini membawa haluan masing-masing selepas berpisah.

“Hubungan saya dengan dia okey, jadi saya tak nak komen panjang. 

“Saya sangat menghormati dia walaupun kami sudah tidak bersama sebagai suami isteri,” katanya ketika ditemui URTV selepas tayangan perdana Saling Tak Terlihat di ibu negara, petang tadi.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai status berbaur perlian yang dikongsikan Nedim kerana enggan menimbulkan sebarang salah faham.

“Saya tak mahu komen apa-apa sebab perkara itu tiada kena-mengena dengan saya. 

“Saya hormati hak dan privasi dia,” jelasnya.

Menambah lanjut, Nora, 42, mengakui tidak mengetahui tentang ciapan yang tular di Threads kerana sibuk menguruskan urusan perniagaannya.

“Saya tak ‘aware’ (perasan) langsung tentang status itu. Saya sibuk dengan restoran saya dan tak sempat baca apa yang orang kongsikan.

“Saya pun tak rasa status itu ditujukan kepada saya sebab hubungan kami masih baik,” ujarnya.

Nora juga menegaskan bahawa dia memilih untuk mengekalkan hubungan harmoni demi kebaikan anak mereka, Mohammad Neqayl, yang kini membesar di bawah penjagaan bersama.

“Seperti yang saya tekankan dari awal, saya sentiasa utamakan hubungan baik untuk membesarkan anak dengan sihat dan bahagia,” tegasnya.

Terdahulu, Nedim  yang lebih dikenali sebagai Boss Ned mencuri perhatian ramai selepas memuat naik hantaran berbaur peringatan keras di Threads, dipercayai ditujukan kepada individu yang didakwa mengenepikan anaknya.

Antara lain, dia menulis:

“Jangan main (tentang) dengan anak saya, kalau mainkan dia, saya bantai sampai kurus. 

“Saya tak akan ‘bantai’ kalau anak tak diketepikan. Kalau nak cuba, marilah hantar ke sini, kita lawan. Anak saya adalah segala-galanya.”

Dalam hantaran lain, Nedim turut menasihati orang ramai agar tidak terlalu mengagungkan individu tertentu dan memberi amaran supaya tidak mencampuri urusan keluarganya.

“Ingat, jangan ‘up’ melampau manusia. Sasaran saya terhadap seseorang tidak pernah tersasar dan mereka tahu siapa,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This